Sebuah catatan akhir tahun
 
 Tahun 2008 akan meninggalkan atau akan berlalu dalam sehari dua lagi
 semasa catatan ini dibuat.
 
 Bagi saya 2008 adalah antara merupakan satu tahun yang begitu beragam baik
 dalam pengalaman maupun dalam jiwa peribadi sendiri.
 
 Beberapa perkara baru ditemui dalam perjalanan ini yang sebelum ini tidak
 terpandang dan terlihat maupun terlintas dalam fikiran.
 
 Awal tahun 2008 katanya nak mengurangkan aktiviti dalam persatuan . Tapi
 hasrat itu hanya separuh tercapai sahaja kerana masih juga ikuti aktiviti
 persatuan seperti biasa terutamanya di peringkat kampung.
 
 Entah dari mana timbul idea, awal tahun 2008 mula mengemari hal-hal yang
 berkaitan dengan kuasa minda bawah sedar. Hal ini agak serius juga hingga
 berusaha mengumpul bahan-bahan yang berkaitan baik melalui buku-buku atau
 melalui tulisan di internet. Memandangkan bidang ini begitu luas dan
 banyak cabangnya ianya tak sempat dipelajari semuanya dan buku-buku yang
 dibeli sebahagian daripadanya belum habis dibaca dan apa lagi  diamalkan .
 
 Memandangkan kuasa minda tu begitu banyak cabang dan rantingnya hingga
 sempat seketika singgah di ranting aura. Dari aura diketemui antaranya
 batu-batu permata.
 
 Dalam sebulan dua ni terus saja cuba memahami permata (kristal) dan
 mulalah mengikuti langkah pengemar permata singgah di lorong-lorong , di
 kedai dan gerai batu permata yang agak banyak terdapat di Kota Bharu .
 Tapi memandangkan tidak memiliki sumber kewangan yang baik tidaklah dapat
 miliki yang harga ribuan ringgit , cuma yang puluhan ringgit saja. Tapi
 sebetulnya kalau mengikut yang aura tu, tak perlu sangat batu yang
 berharga mahal seperti Delima atau Zamrud dan nilam , boleh saja guna batu
 kristal yang murah seperti kecubung (amatis), akik, rose quarz, jade ,
 ambar, topaz, lapis lazuli, citerine dan juga pirus.
 
 Mengapakah ini terjadi. Sebetulnya mungkin jiwa telah berkata yang usia
 kini telah semakin mendekati ke senja dan ketika ini masalah kesihatan
 telah mula  dirasakan.
 
 Hasil daripada signal-signal yang diberikan itu seseorang telah mula
 kehilangan permata yang berharga dalam dirinya sedikit demi sedikit iaitu
 permata kesihatan tubuh badan .
 
 Bila tiba di usia ini mulalah tubuh menjadi lenguh , dan penyakit mula
 menyerang di sana sini, di segenap tubuh badan. Ada yang terkena tekanan
 darah tinggi, ada yang kencing manis, ada yang batu karang, ada yang medu
 ada yang hidapi masalah jantung , buah pinggang dan ratusan masalah
 kesihatan lainnya.
 
 Jadi secara tidak sedar jiwa mengarahkan tubuh untuk mencari penawar bagi
 mengekalkan kesihatan seperti ketika remaja dan ketika dalam usia 40
 puluhan
 
 Yang jumpa herba terus dengan herba, yang jumpa cara altenatif terus
 dengan cara altenatif bagi penyembuhan sekiranya terdapat sebarang
 kesakitan.
 
 Ketika menulis catatan ini, saya sendiri sudah lebih seminggu dihinggapi
 oleh selsema dan deman ringan berpanjangan terutamanya pada waktu malam.
 Ketika ini segantang batu permata, berkilo kismis, berkotak vitamin C,
 bercupak buah goji, berkilo habatus sauda tidak lagi banyak membantu.
 Kerana semuanya itu hanya berkesan sekiranya untuk mengelakkan daripada
 datangnya penyakit.
 
 Bila sudah sakit ubat yang lebih power lagi diperlukan. Sebab itu mencegah
 lebih baik daripada merawat. Berdasarkan daripada simton yang dirasakan,
 saya kira ini penyakit seduan atau resdung. Setiap tahun datangnya
 adakalannya sampai berbulan-bulan deman ringan dan selsema berpanjangan.
 Ini menggangu ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Kerana
 terpaksa tidur awal malam dan tidak boleh menjalankan banyak kerja dengan
 sempurna dan beberapa kekurangan lainnya kerana melakukan sesuatu dalam
 keadaan kurang selesa.
 
 Sekarang selain guna ubat dari farmasi  , kini juga beli sebotol pil
 resdong orang kampung dan setakat ni belum lagi ke klinik atau jumpa bomoh
 resdung sebagai ikhtiar seterusnya.
 
 Segala ikhtiar bakal ditelan
 segala usaha selalu dihirup
 segala nasihat akan dikeman
 handaknya dengan ini halangan ini segera menghilang.
 
 Ediramle
 
 Tahun 2009  hendaknya menjadi tahun lebih bererti dalam hidup ini kerana
 pada 16 Jun 2009 saya dah masuk ke usia 50 tahun sekiranya dipanjangkan
 umur.
 
 
           	  	 	
No comments:
Post a Comment