Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu kini Medan Infodesa Mukim Kok
 Pasir  (MID) telah dibuka untuk melaksanakan peranannya yang antaranya
 adalah sebagai tempat kursus ICT dan komputer.
 
 Dengan kemudahan tempat yang agak baik sekarang termasuk talian streamyx
 telah masuk bolehlah rakan-rakan bersama saya merancang kursus yang
 berkaitan yang diperlukan bagi menambah tahap kecekapan penguasaan ICT.
 
 Kebetulan pula untuk sementara ini, saya diberi kepercayaan untuk membantu
 pengurusan MID ini sebelum mendapat seorang pengurus yang tetap.
 
 Dalam bulan Disember ni bolehlah kita adakan kursus yang sesuai dengan kos
 yang  agak rendah.
 
 Kiranya ada yang berminat bolehlah cadangkan kursus yang ingin diadakan .
 Kalau kursus fotografi juga rasanya  boleh.
 
 Mulai 16 November 2008 Kursus Literasi Komputer Desa akan diadakan 4 hari
 dalam seminggu selama 24 hari. Ianya membabitkan hari Ahad hingga Rabu,
 atau Isnin hingga Khamis.  Hari jumaat dan Sabtu masih ada ruang.
 
 http://www.kokpasir
 
 Ediramle Ismail
 
 
Tidak dibenarkan mengiklan.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment