Thursday, October 2, 2008

{ KELANTAN-KITA } Gambar-gambar program tautan kasih

Hari ni masuk raya kedua. Malam tadi kami beberapa orang ajk memasang 3
buah khemah untuk persiapan program (majlis) Tautan kasih bersama perantau
yang kami anjurkan. Dekat sampai 12 malam baru siap dan selepas tu masih
sempat berbual-bual.

Pagi ini persiapan tempat masih lagi dijalankan. Program luar dewan begini
walaupun kecil , agak banyak juga tugasan yang perlu dibuat.

Pukul 3.00 petang majlis bermula, pada mulanya tak seberapa orang yang
datang , maklum saja hari ni hari raya masih hari kedua dan masing-masing
dengan kesibukan menziarahi sanak keluarga dan sebahagiannya persiapan
kenduri dan ramai juga yang telah mengadakan majlis berbekwah hari ni.

Tunggu 3.45 kira yang datang walaupun tidak begitu ramai, tapi
alhamdulilah kerana warga sasaran iaitu perantau yang balik kira boleh
tahan juga memberi sokongan terhadap program ini.

Majlis dimulakan dengan doa dan diikuti ucapan pengerusi wakil penduduk
dan juga wakil perantau mukim kok pasir. Satu acara yang telah sekian lama
difikirkan ialah memartabatkan sukarelawan kampung untuk dianugerahkan
sebagai tokoh sukarelawan peringkat kampung. untuk kali pertama ini
anugerah sukarelawan mukim kok pasir diberikan kapada Allahyarham
Hj.Abdullah Yusoff (diterima oleh ahli keluarganya) , bekas seorang
aktivis masyarakat kampung yang aktif sebelum ini.
Kami bercadang nak bagi anugerah sukarelawan kampung seorang setiap tahun.
Anugerah itu untuk kali pertama ini hanyalah sijil penghargaan dan sedikit
hamper dan plug. Mungkin di tahun-tahun akan datang penghargaan itu akan
dipertingkatkan.

jam 4.30 acara sukaneka dimainkan, kami hanya sempat bermain dua acara
saja iaitu sepak likung dan main bola awal (mungkin ini mengembalikan
kenangan pada tahun-tahun 60-an dulu).

Selepas itu jamuan hari raya dimulakan . Antara kuih yang sempat
disediakan ialah yang istimewanya sagung (rujuk gambar yang dipautkan),
dodol, putu beras, ketupat daun palas, tapai daun getah, tapai daun
pisang, nasi kampit dan satu dua kuih yang agak tradisional.


Untuk minuman kami sediakan air batu sirap dimasukkan biji selasih
senduknya kami guna gayung tempurung kelapa sebagai simbolik untuk
mengembalikan kenangan kepada perantau.

Gambar-gambar kenangan sempat saya (Ediramle Ismail) rakamkan dan
ditempatkan pada pautan

http://tautankasih.pesisir.net (ini kerana ruang di hosting kokpasir.com
dah nak penuh)


http://tautankasih.pesisir.net


juga lihatlah makanan sagung yang dimaksudkan.
sebagai hidangan istimewa majlis tautan kasih

http://tautankasih.pesisir.net/image12.html

------------------------------------

Selamat berpuasa diucapkan kepada umat Islam di mana sahaja berada.
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/

<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Kelantan-kita/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
mailto:Kelantan-kita-digest@yahoogroups.com
mailto:Kelantan-kita-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Kelantan-kita-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

No comments: