Monday, October 6, 2008

{ IT-KELANTAN } Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE


 
> Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat
> daripadaMELAMINE yang mengandungi "urea
> formaldehyde" dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
> Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya
> digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan
> 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat
> berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
> masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,
> kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencingdankerosakan
> sistem pembiakan.
>
> Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan
> pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan
> cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali
> pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada
> kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi
> pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
> selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
> Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling
> berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan
> mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam
> makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu
> elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
> seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah
> melamine.
>
> Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas
> dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih
> berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan
> membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur
> darah dan buah pinggang.
>
> Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di
> dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati  dan
> beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh
> bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika
> Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan
> haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang
> peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam
> pembuatan pinggan melamine.
>
> Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di
> Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk
> lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca
> atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable'
> dan tidak beracun.
>
> Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika
> Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua
> mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.
>
> Baca lagi tentang melamine di sini:
> Melamine-tainted milk seized from China factory:
> http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Monday/ NewsBreak/
> 20080915125202/ Article/index_ html
>
> Melamine plates a health hazard
> http://archive. gulfnews. com/ articles/07/ 05/14/10125274.
> html
>
> FDA: Melamine found in baby formula made in China
> http://www.usatoday .com/money/ industries/food/
> 2008-09-11- tainted-formula_ N.htm
>
> Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
> http://www.fda. gov/oc/opacom/ hottopics/petfood. html
>  
>
> ________________________________
>
>  
>  
>

__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: