|         4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri        adalah:                 1. Anda takut mencuba.                 Mencuba adalah melakukan sesuatu buat pertama kali. Anda takut        mencuba sebab Anda ragu. Bila Anda sudah tidak mahu melakukan apa-apa        untuk mencuba serta memilih untuk kekal sebegitu, keyakinan diri Anda        langsung tidak ada. Keyakinan diri tetap tidak akan ada selagi hal ini        belum diubah.                 2. Anda sangsi pada kebolehan diri Anda.                 Anda sangsi pada kebolehan diri sebab Anda taksub pada kebolehan        orang lain. Anda nampak orang lain lebih berkaliber daripada diri Anda        sehingga Anda sendiri mempersoalkan di mana kebolehan Anda. Anda merasa        tidak yakin kerana kebolehan orang lain yang Anda nampak tu jauh lebih        tinggi, terasa bagai mustahil untuk Anda menyamai kebolehannya. Maka, Anda        tak nampak di mana kekuatan Anda.                 3. Anda terlalu banyak minta pendapat orang lain, kurang        mendengar suara hati sendiri.                 Apabila terlalu banyak meminta pandangan orang lain, Anda akan jadi        'konpius' kerana menerima berpuluh pendapat berlainan hingga        menyebabkan  Anda tidak yakin pada diri sendiri. Meminta pendapat itu        boleh, tapi biarlah untuk Anda mencari idea baru sebagai pelengkap kepada        idea yang Anda telah fikirkan.                 Perangai meminta pendapat jika dilakukan berlebihan akan membuat Anda        hilang keyakinan sebab Anda menyerahkan nasib hidup Anda untuk ditentukan        oleh orang lain melalui pendapat-pendapat mereka. Anda bagaikan tidak tahu        ke mana arah yang mahu dituju.                 Kekadang ada orang suka memperbodohkan Anda dengan memberi pendapat        palsu. Hati-hati dengan orang sebegini.                 Dengarlah suara hati Anda. Roh Anda tahu apa yang terbaik untuk diri        Anda di iringi panduan ilham dari Tuhan.
  4. Anda banyak        mengutuk diri sendiri.                 Anda manyumpah-nyumpah diri sendiri sebab melakukan kesilapan. Anda        sukar menerima kesilapan. Anda merasa malu, kecewa, hampa. Perasaan ini        terperap dalam di minda Anda berbulan-bulan lamanya.                 Itu hanyalah 4 petanda dominan.                 Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan        menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa        yakin diri.           | 
No comments:
Post a Comment