Aidilfitri perlu disambut ikut syariat
BEBERAPA hari lagi umat Islam  akan merayakan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Hari kemenangan penuh  bermakna ini disambut umat Islam tanpa mengira latar belakang dalam suasana  penuh kemeriahan.
Ibadat puasa Ramadan ibarat madrasah yang mendidik jiwa  umat Islam sepanjang berpuasa. Bukan saja menahan lapar dahaga, tetapi mengekang  hawa nafsu daripada merajai jiwa.
Malah, disiplin madrasah ini amat tinggi  kerana puasa bukan saja depan orang, tetapi apabila bersendirian keimanan tetap  utuh. Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah kepada  umatnya.
Pengajaran selama sebulan Ramadan sepatutnya menjadi pemangkin  ibadah untuk 11 bulan seterusnya sehingga bertemu Ramadan akan datang. Inti pati  falsafah Ramadan sebenarnya mempunyai impak besar kepada peribadi dan jati diri  umat Islam.
Menjelang hari kemenangan, jelas kegembiraan di hati muslimin  dan muslimat kerana berjaya menempuh dugaan berperang dengan nafsu serta  kelemahan diri sendiri. Persiapan dilakukan mengikut kemampuan  masing-masing.
Aidilfitri atau kembali kepada fitrah sebenarnya  mengembalikan mereka yang berjaya menunaikan kewajipan berpuasa seperti bayi  yang suci dan bebas daripada dosa, tetapi dengan syarat setiap suruhan  dilaksanakan dan larangan dijauhi.
Tidak dinafikan ada antara kita yang gagal  memenuhi falsafah ibadat puasa walaupun selepas berlapar dahaga sepanjang  siangnya. Justeru, kembali mereka kepada fitrah seperti sebelumnya tanpa  mencapai kecemerlangan sepatutnya.
Golongan ini ialah mereka yang rugi kerana  tidak mengambil iktibar daripada seruan Allah untuk merebut bukan satu, tetapi  ganjaran yang berganda serta bonus persamaan amalan 1,000 bulan diperuntukkan  mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkannya.
Pada hari kemenangan  nanti, semangat berhari raya jangan sesekali membuatkan kita terlupa kepada  mereka kurang bernasib baik kerana galakan bersedekah bukan ketika Ramadan saja.  Sebaliknya, hendaklah dilakukan secara berterusan bagi mengeratkan  silaturahim.
Perasaan gembira juga biarlah berpada terutama yang akan  pulang berhari raya di kampung. Aspek keselamatan bukan perkara ringan kerana  jumlah kemalangan selalunya meningkat pada musim perayaan. Oleh itu, sentiasa  berhati-hati ketika memandu.
Aidilfitri adalah ibadat, maka hendaklah  diraikan mengikut tertibnya supaya setiap perbuatan menjanjikan pahala. Islam  tidak melarang umatnya berseronok tetapi biarlah mengikut landasan  disyariatkan.
Ziarah bukan untuk menjamu selera, tetapi pada masa sama  mengukuhkan lagi hubungan yang ada. Takbir bukan syarat memberitahu hari itu  hari raya, namun sebagai tanda ingatan kepada Allah tidak pernah putus, terus  subur semasa sedang bergembira.
Berbelanja secara boros hingga berlaku  pembaziran bukan cara menyambut Aidilfitri kerana pastinya kita tidak mahu  mencemari kejayaan mengawal diri sepanjang Ramadan dalam tempoh sehari, ketika  sibuk membeli-belah.
Penganjuran rumah terbuka perlu diberi nafas baru  supaya objektif awalnya untuk menjamu ahli keluarga, saudara- mara, sahabat  serta jiran tetangga dan sebagai jambatan menghubungkan masyarakat pelbagai kaum  berjaya dicapai.
Jika tiada rumah terbuka pun tidak mengapa kerana itu  tidak mengehadkan kenalan untuk bertandang. Sudah menjadi amalan ketika  Aidilfitri untuk saling mengunjungi serta bermaafan tidak kira dekat mahupun  yang jauh.
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengambil  kesempatan mengucapkan minal aidi wal faizin kullu aamin waantum bi khair kepada  semua ahli PPMM, Peguam Muslim Sivil dan Syariah, penyokong perjuangan PPMM dan  seluruh muslimin dan muslimat sekalian.
Sepanjang menghasilkan penulisan  di ruangan ini, mungkin ada kesilapan. Justeru, bagi yang terkasar atau  mengguris perasaan, harap dapat dimaafkan dan teguran juga dialu-alukan supaya  kita saling ingat mengingatkan di antara satu sama lain.
Penulis ialah  Presiden PPMM dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my
   Forward  by: 
    
  Pn.  Asni Selamat
  De  Anies Collection
   
  Menjual  pakaian bayi dan kanak-kanak fesyen terbaru dan  berkualiti.
  Limited  edition dengan tawaran harga menarik
  Penghantaran  terus ke alamat anda.
   
  T: 016-3116 707 / 03-3326 3841
  E: asniselamat@gmail.com
  Facebook Pages: D'Rayyan Haus
  Lawati Website: www.drayyanhaus.blogspot.com
   
  Dapatkan  Lampin bayi Moden yang boleh dibasuh dan dipakai semula di:
  www.drayyanhaus.blogspot.com
  -          Boleh  dibasuh dan dipakai semula
  -          Saiz  boleh diubah-ubah
  -          Boleh  dipakai oleh new born baby hingga umur 3  tahun
 
No comments:
Post a Comment