Thursday, March 11, 2010

{ IT-KELANTAN } Tarikh lahir dan tandatangan.

 




Link to JawiMedHerb


Posted: 11 Mar 2010 05:25 AM PST

Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran.  Menentukan sesaorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.

Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir maupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib(akan datang ) sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat didalam Quran maupun hadis. Oleh sebab itu mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal(tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya,dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw(Quran)

Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan.Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.

__._,_.___
Recent Activity:
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
.

__,_._,___

No comments: