Friday, January 1, 2010

Re: { KELANTAN-KITA } teater 'menunggu kata dari Tuhan"




harap dari masa ke semasa,tlg update masa,tarikh dan bayaran yg dikenakan...


--- On Fri, 1/1/10, tengku atirah laili tengku abdullah <atirah_laili@yahoo.com.my> wrote:

From: tengku atirah laili tengku abdullah <atirah_laili@yahoo.com.my>
Subject: { KELANTAN-KITA } teater 'menunggu kata dari Tuhan" [1 Attachment]
To: kelantan-kita@yahoogroups.com
Date: Friday, January 1, 2010, 8:57 PM

 




Malam Aprisiasi Seni (MAS),  Minggu Penghayatan Islam Ke 12, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian (USMKK) mempersembahkan kepada anda sebuah teater "MENUNGGU KATA DARI TUHAN"


"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang." (At-Taubah:118)


Skrip Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT)  ini adalah terjemahan sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ia mengisahkan Ka'ab bin Malik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk…terasa seperti dalam kuliah hadis, namun kelainan dapat dirasai melalui penyampaian yang mengetengahkan konsep kesenian dan hiburan.


 Antara  tarikan yang akan  membawa anda menonton pastinya kerana Sabri Yunus. Ini kerana teater ini adalah teater monolog. Sabri berkomunikasi dengan 'rasa' selama 45 minit tanpa henti. Kehadiran Sani Sudin yang menjadi pemuzik 'live' sepanjang teater ini memang menakjubkan. Beliau berjaya menyampaikan 'rasa' Sabri Yunus dengan jayanya lewat gesekan biola dan hummingnya…


Teater ini adalah teater rasa yang  dialami oleh Ka'ab yang punya rasa bersalah kerana tidak ikut serta untuk berjihad walaupun pada masa itu beliau sihat dan mempunyai peralatan dan kenderaan untuk pergi berperang. Pelbagai rasa yang dilaluinya lewat tertinggalnya beliau dalam perang, dan dipulaukan oleh sahabat kerana kesilapan besarnya itu. Rasa yang paling parah adalah tika menunggu keampunan dari Allah melalui Nabi Muhammad SAW…kesedihan, pasrah, redha, dan kesunyian  cuba dikongsi dengan penonton.


Pengarah     : Dinsman

Pelakon        : Sabri Yunus

Pemuzik      : Sani Sudin(kopratasa)


untuk urusan tiket,akan diberitahu kemudian.






Open emails faster.
Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)



__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://www.kokpasir.com/kanopi




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: