Friday, January 1, 2010

Re: { IT-KELANTAN } Re:Tahun ICT Ediramle Ismail

 

Semoga rakan-rakan setia semua dapat bantu saya tahun ini.
Bantu saya di sini bukan bantu diri saya tetapi bantu masyarakat kita seluruhnya.
 
Bantu di sini juga lebih bermaksud kepada beri sokongan moral, supaya saya tak putus semangat.
 
Terima kasih.
 
 
  Ediramle Ismail,
ym id  ediramleismail
----- Original Message -----
From: fizan nor
Sent: Saturday, January 02, 2010 12:00 PM
Subject: { IT-KELANTAN } Re:Tahun ICT Ediramle Ismail

 

GOOD LUCK!!


From: rimiey <ayeserame@yahoo.com>
To: IT-Kelantan@yahoogroups.com
Sent: Sat, January 2, 2010 11:39:16 AM
Subject: Re: { IT-KELANTAN } Tahun ICT Ediramle Ismail

 

bagus...semua aktiviti /kursus yang dirancangkan oleh EDI RAMLI berkaitan ict....... yang boleh memberi manfaat kepada pendudk kelantan.... ..

 
 


--- On Sat, 1/2/10, Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com> wrote:

From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com>
Subject: { IT-KELANTAN } Tahun ICT Ediramle Ismail
To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com, pesisir@yahoogroups .com, tumpat@yahoogroups. com, perintis@yahoogroup s.com, it-kelantan@ yahoogroups. com, Makmal-Sains@ yahoogroups. com
Date: Saturday, January 2, 2010, 10:32 AM

 

PERANCANGAN TAHUNAN  ICT  PERINGKAT  DIRI  SENDIRI  EDIRAMLE  ISMAIL TAHUN 2010

 

Tulisan ini bukanlah  sebuah kertas kerja , tetapi sebuah catatan  perancangan peribadi  ICT saya  untuk tahun 2010.

Selamat  tahun baru  2010 diucapkan kepada semua rakan-rakan di groups Yahoogroups  atau yang membaca  catatan ini sama ada yang mengenali saya secara langsung atau mengenali  hanya  melalui ruang maya di internet atau yang hanya baru pertama kali menemui saya melalui catatan ini.

Sempena tahun 2010 saya berazam untuk  meningkatkan diri dalam beberapa perkara disebabkan  kini usia saya sudah melangkaui 50 tahun dan kesempatan yang ada  rasanya telah menjadi semakin singkat.

Memandangkan saya sebelum ini tidak banyak menyumbang kepada masyarakat, tahun ini saya merancang untuk jadikan Tahun 2010 sebagai Tahun ICT  untuk peringkat diri sendiri bertujuan mengongsi apa yang diketahui sepanjang  menjalani kembara di alam siber yang bermula sejak 1998 yang lalu hingga sekarang.

Sempena Tahun ICT peringkat diri peribadi ini,  beberapa perancangan telah  dan akan disusun  bagi dimanfaatkan semua. Bagi melaksanakan perancangan ini sudah pasti  ianya bakal  sangat meletihkan, bukan sekadar  letih fizikal malahan juga pemikiran . Tapi demi untuk sesuatu yang mungkinnya bakal dimanfaatkan , cabaran itu harus diredah dengan semangat yang kental dan minat yang  sangat mendalam.


__._,_.___
Egroup ini dikendalikan oleh http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Tidak dibenarkan mengiklan.
.

__,_._,___

No comments: