Sunday, November 1, 2009

{ KELANTAN-KITA } Kursus Joomla 7 Nov 2009 - Apa itu Joomla?



Biro ICT Gerakan Daya Wawasan

Kg. Kok Pasir, 16040 Pelakbang,

Tumpat, Kelantan                                          Tel:   0129032948                                  edi@kokpasir.com

 

                                                                                                                                                1 November 2009

  

Kepada sesiapa yang berminat

 

 

Tuan/puan

 

Kursus Bina Laman Web Menggunakan Joomla

 

 

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput untuk menghadiri Kursus Bina Laman Web Menggunakan Joomla seperti berikut:

 

                Tarikh:     7 November 2009  (Sabtu)

 

                Masa:       8.30 pagi – 4.30 petang

 

                Tempat:  Medan InfoDesa Mukim Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

 

              

2.    Untuk mengikuti kursus ini pihak kami mengenakan yuran pendaftaran sejumlah RM 35.00 (tiga puluh lima) bagi menampung

 kos perbelanjaan termasuk sewa MID,  sijil  serta makan dan minum semasa kursus dijalankan.

 

3.    Sukacita kepada tuan/puan yang memiliki laptop sendiri sila bawa semasa kursus  tersebut di atas.

 

4.    Untuk mendaftar sila hubungi saya (Ediramle Ismail) melalui sms , telefon  0129032948 atau

 e-mel ediramle@kokpasir.com sebelum hari Rabu 4 November 2009. Penyertaan adalah terhad.

 

5.    Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menambahkan lagi kemahiran dalam membina

laman web dengan menggunakan Joomla.

 

Sekian dan terima kasih.

 

 

Saya yang menjalankan

 

 

T.txxxxxxxxxxxx

Ediramle Ismail

Pengerusi Biro ICT GDW Kok Pasir, Tumpat, Kelantan.

 

 

 

*

Apa itu Joomla? 

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP

untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya".

 Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0)

diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan

keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah

kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.   - petikan daripada Komuniti pengguna Joomla.

 



__._,_.___


Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://www.kokpasir.com/kanopi




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: