Malam tadi  (14 Nov 2009 ) semasa program  Festival Dikir Barat Perpaduan Jiran Muda Rukun Tetangga Daerah Tumpat bertempat  di Pejabat  Perpaduan Daerah Tumpat,.
 saya telah tercicir talefon bimbit berserta simcard  0129032948 yang saya gunakan.
 Saya sedar kehilangan itu dalam perjalanan balik  kira-kira jam 12 malam dan rakan cuba dail ke no telefon saya itu, tapi tiada  jawapan.
 Pagi tadi pagi-pagi  lagi saya dail beberapa  kali, tapi tidak ada nada panggilan masuk seperti simcard telah dikeluarkan atau  telefon ditutup. 
 Kehilangan itu adalah atas kecuaian saya  sendiri.
 Telefon yang hilang jenama Motorola yang dibeli  telah agak lama , semasa dibeli dulu harganya seratus lebih sahaja.  Yang  lebih penting lagi ialah nombor telefon dan senarai nombor telefon yang sentiasa  berhubung.
 Saya ambil keputusan segera. Ambil cuti sehari dan  uruskan untuk dapatkan semula nombor telefon 0129032948 untuk memudahkan  dihubungi oleh saudara mara dan rakan-rakan tanpa menukar ke nombor  lain.
 Pukul 9.30 pagi ke Kota Bharu dan kena korek apa  yang masih berbaki untuk beli telefon baru.  Selepas korek baki saya terus  ke pusat khidmat Maxis di Jalan Kebun Sultan untuk melaporkan keterciciran dan  bagi mendapatkan simcard baru dengan nombor yang sama.  Sebaik saja  melangkah ke pusat tersebut saya dapat merasakan ketenangan di situ, warna  dinding dan suasana dalaman berwarna tenang , tidak merah menyala seperti  dulu-dulu.  Sejak akhiran ni saya menjadi alahan kepada warna yang merah  menyala dan kuning membara.
 Perkhidmatan yang cukup ramah dan mesra pengguna.  Pengawal keselamatan yang bertugas di situ bertanya dengan ramah dan bila  diberitahu masalah beliau terus memicit butang nombor giliran dan menghulurkan  kertas giliran  kepada saya .  Tempat menunggu juga selesa , kaunter  juga dalam keadaan selesa dan terbuka. Saya perhatikan petugas-petugas di  kaunter juga semuanya ramah dan bercakap dalam bahasa yang lemah lembut.   Tak sampat 5 minit menunggu nombor giliran saya dipanggil. Saya ke kaunter no 2,  kaunter itu cukup terbuka dan tidak dihadang oleh sebarang cermin. Dengan ramah  sekali petugas bertanya masalah. Saya kata simcard hilang dan nak dapatkan yang  baru dengan nombor yang sama.  Tanpa banyak soal,  hanya beberapa  ketika saja urusan dibuat dan diselesaikan dengan capat dan mudah. Kata petugas  di situ sejam lagi nombor itu akan aktif semula. 
 Selesai urusan saya keluar dan sekali lagi  diucapkan terima kasih oleh  petugas kaunter dan pengawal keselamatan di  situ.  Saya cukup berpuas hati dengan keadaan seperti ini.
 Lepas tu saya kena pergi beli telefon bimbit yang  baru menggantikan yang hilang.  Saya singgah di Kedai jual telefon bimbit  secara rambang saja dan dengan tak banyak berkira saya beli telefon jenis nokia  yang harganya kurang lebih RM 150.  
 Memang benar dalam masa sejam, telefon itu telah  aktif dan saya sudah boleh membuat panggilan dan menerima panggilan semula.  Bagaimanapun semua nombor yang tersimpan sebelum ini telah kosong dan ianya tak  mungkin lagi untuk dapat semula seratus peratus seperti sebelumnya.  
 Sekarang saya telah kehilangan banyak nombor  telefon rakan-rakan terutamanya kerana sebelum ini tidak banyak yang tercatat di  kertas untuk dirujuk semula.
 Bagaimanapun sekiranya rakan-rakan yang ingin  hubungi saya boleh teruskan menghubungi nombor sama seperti sebelum ini iaitu  0129032948 .
 __._,_.___
No comments:
Post a Comment