Tuesday, August 19, 2008

{ KELANTAN-KITA } Benarkah Cinta itu Buta?

BENARKAH CINTA ITU BUTA?

AWAL tahun yang lalu saya pernah menitipkan satu entri tentang kisah percintaan yang melibatkan insan istimewa yang kurang upaya penglihatan. Melalui pengalaman itu saya lantas mendorong seorang teman (yang turut mempunyai pengalaman persis) untuk menuangkan segala pengalaman suka duka itu ke dalam karya novel.
 
Dengan mengambil dasar penceritaan tersebut beberapa elemen fiksi telah dimasukkan. Sentuhan kreatif telah membuatkan bancuhan cerita semakin berwarna-warni dengan drama-drama yang menyentuh perasaan. Kalau ada yang mahu menanggapi kisah yang dinovelkan tersebut berasas kisah benar; meleset sama sekali. Kerana saya sendiri yang mahu beliau membuat pusingan 180 darjah untuk tidak menjadikan kisah benar itu sebagai hasil mesin photostat.

Sekarang sebuah novel terbitan terbaharu Tintarona akan berada di pasaran sedikit masa lagi. Novel berjudul Kiblat Mawaddah mengangkat kisah ketabahan seorang wanita mengharungi suka duka menjalin hubungan dengan insan istimewa itu.

Dengan plot penceritaan yang sedikit tergelincir daripada novel konvensional, diharap karya ini mampu membuka tingkap pengalaman yang baharu kepada pembaca. Karya kedua Hasrina Baharum ini akan berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Insya-Allah
*** petikan daripada laman www.celikhuruf.blogspot.com
Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com 

--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com!
__._,_.___

Bengkel blog dan e-mel. 16 Ogos 08 (Sabtu)
Masa: 8.00 pgi
Tpat:  Pej Penerangan Tumpat.
minat sms ke No Hp: 0129032948 atau e-mel edi@kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: