ym id ediramleismail
----- Original Message -----From: fizan norSent: Saturday, January 02, 2010 12:00 PMSubject: { IT-KELANTAN } Re:Tahun ICT Ediramle Ismail
GOOD LUCK!!
From: rimiey <ayeserame@yahoo.com >
To: IT-Kelantan@yahoogroups. com
Sent: Sat, January 2, 2010 11:39:16 AM
Subject: Re: { IT-KELANTAN } Tahun ICT Ediramle Ismail
bagus...semua aktiviti /kursus yang dirancangkan oleh EDI RAMLI berkaitan ict....... yang boleh memberi manfaat kepada pendudk kelantan.... ..
--- On Sat, 1/2/10, Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com> wrote:
From: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir. com>
Subject: { IT-KELANTAN } Tahun ICT Ediramle Ismail
To: Kelantan-kita@ yahoogroups. com, pesisir@yahoogroups .com, tumpat@yahoogroups. com, perintis@yahoogroup s.com, it-kelantan@ yahoogroups. com, Makmal-Sains@ yahoogroups. com
Date: Saturday, January 2, 2010, 10:32 AM
PERANCANGAN TAHUNAN ICT PERINGKAT DIRI SENDIRI EDIRAMLE ISMAIL TAHUN 2010
Tulisan ini bukanlah sebuah kertas kerja , tetapi sebuah catatan perancangan peribadi ICT saya untuk tahun 2010.
Selamat tahun baru 2010 diucapkan kepada semua rakan-rakan di groups Yahoogroups atau yang membaca catatan ini sama ada yang mengenali saya secara langsung atau mengenali hanya melalui ruang maya di internet atau yang hanya baru pertama kali menemui saya melalui catatan ini.
Sempena tahun 2010 saya berazam untuk meningkatkan diri dalam beberapa perkara disebabkan kini usia saya sudah melangkaui 50 tahun dan kesempatan yang ada rasanya telah menjadi semakin singkat.
Memandangkan saya sebelum ini tidak banyak menyumbang kepada masyarakat, tahun ini saya merancang untuk jadikan Tahun 2010 sebagai Tahun ICT untuk peringkat diri sendiri bertujuan mengongsi apa yang diketahui sepanjang menjalani kembara di alam siber yang bermula sejak 1998 yang lalu hingga sekarang.
Sempena Tahun ICT peringkat diri peribadi ini, beberapa perancangan telah dan akan disusun bagi dimanfaatkan semua. Bagi melaksanakan perancangan ini sudah pasti ianya bakal sangat meletihkan, bukan sekadar letih fizikal malahan juga pemikiran . Tapi demi untuk sesuatu yang mungkinnya bakal dimanfaatkan , cabaran itu harus diredah dengan semangat yang kental dan minat yang sangat mendalam.
Tidak dibenarkan mengiklan.
No comments:
Post a Comment