__._,_.___----- Original Message -----From: Manzaidi MohdAminSent: Friday, January 30, 2009 5:54 AMSubject: Re: { PESISIR } siapa pernah tengok hantuOk, biar saya yang mula topik ini.
Pertamanya, sebagai bukti, rumah saya di cabang empat dihuni oleh jin telah dirakam dan disiarkan dalam Misteri Nusantara pada tahun 2004.
Kedua, di kediaman sewa saya di Seksyen 24, ada 'satu keluarga tiga beranak' yang menghuni dalam bilik tengah rumah kami. Tiga beranak itu ialah, ibu, bapa dan anak.
Sejarah rumah sewa ini: Dalam tempoh dua tahun, sudah tujuh keluarga berpindah randah. Paling lama pun mereka mampu bertahan tiga bulan, kemudian berpindah ke rumah lain. Tetapi yang menjadi tanda tanya tuan rumah ialah kenapa saya dan geng sejak setahun lalu tinggal di rumah itu tidak pindah-pindah.
Jawabnya: Kami tahu kehadiran 'tiga beranak' di rumah berkenaan. Malah dalam seminggu, dua atau tiga kali kami diganggu. kami buka suis bilik air, 'dia' tutup. kami tutup, 'dia' buka. Malah suis dapur gas pun selalu dibuka tutup, buka tutup.
Tuan rumah ada panggil bomoh untuk halau, tapi kami halang dan larang bomoh itu ganggu 'keluarga' berkenaan. 'mereka' tidak ganggu kami, kenapa kami perlu halau 'mereka'.
Ini memang kisah benar dan seminggu lalu, ketika saya seorang diri di rumah dan berada di bilik air, tetiba terdengar ketukan pintu rumah. Saya buat dono jer. Memang itu adalah kawan saya. Selepas melepas hajat, saya tengok kawan saya itu dalam keadaan pucat. Dia hanya sempat berbual lima minit kemudian minta diri nak pulang.
Keesokkan hari, di pejabat, kawan saya beritau, ketika dia cuba buka pintu, pintu itu kunci dan dia ketuk beberapa kali (itu yang saya dengar ketika dalam bilik air)..
Katanya, tetiba saja pintu itu dibuka dan dia terus masuk dan berada di ruang tamu. Katanya, tika itu tak ada orang (memangla tak ada sebab saya dalam bilik air).
Katanya, tika duduk sorang-sorang, dia terlihat kelibat seorang budak yang menjenguk-jenguk dari pintu bilik. Itu yang menyebabkan dia ketakutan dan menggigil (dan itulah reaksi yang saya nampak pada wajah kawan saya itu selepas saya keluar dari bilik air).
Sekarang pun 'keluarga' itu masih ada. Kami berkawan baik. Itu saja secara ringkasnya.
Berhubung soalan Edi, siapa pernah tengok dan dengar suara hantu? Jawabnya: Saya pernah tengok, tetapi tidak pernah dengar suara hantu.
Mengapa kita takut hantu? Sebab kita tidak nampak mereka dan itu yang menyebabkan perasaan takut menguasai diri. Tambahan pula berdiri bulu roma. Itu yang kita diajar sejak kecil untuk takut bila dengar ada hantu.
Di manakah tempat kesukaan hantu? Di rumah saya di Chabang Empat, Tumpat dan di rumah sewa saya di Seksyen 24, Shah Alam.
Apakah perkara yang tidak disukai hantu? Yang ni saya tak tahu.
--- Pada Sab, 31/1/09, Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com > menulis:
Daripada: Ediramle Ismail <ediramle@kokpasir.com >
Subjek: { PESISIR } siapa pernah tengok hantu
Kepada: Pesisir@yahoogroups.com
Cc: kokpasir@yahoogroups.com , kelantan-kita@yahoogroups. , perintis@yahoogroupcom s.com , tumpat@yahoogroups.com
Tarikh: Sabtu, 31 Januari, 2009, 4:17 AM
Kali ini nak bincang tentang perkara yang mungkinnya agak asing sikit untuk berkongsi info dan maklumat berkenaan makhluk halus ini.
Saya nak tanya soalan berikut:
1. Siapa yang pernah tengok dan dengar suara hantu?
2. Mengapa kita takut hantu?
3. Di manakah tempat kesukaan hantu?
4. Apakah perkara yang tidak disukai hantu?
Terima kasih.
Ediramle
[Non-text portions of this message have been removed]
Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
[Non-text portions of this message have been removed]
Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan sila lawati http://kanopi.kokpasir.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment