
  
  
   
  
Bagaimana menyambut Ramadhan?  
  
Allah s.w.t  membentangkan rahmatNya kepada para hambaNya menurut peredaran masa. Dia  memperingatkan kita ketika lupa, menyedarkan kita ketika lalai dan menguatkan  motivasi kita ketika kelesuan. Setiap tahun, Dia memberi peluang untuk kita  menambahkan kebaikan dan mengurangkan kejahatan. Berbahagialah sesiapa yang  merebutnya. 
  
Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila malam  pertama Ramadhan menjelang, syaitan dan para pelampau jin dibelenggu,  pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka, pintu-pintu syurga  pula dibuka dan tiada satupun yang ditutup. Si tukang seru menyeru: Wahai  pencari kebaikan! Ayuh maju. Wahai pencari kejahatan! Ayuh berhenti".  [Diriwayatkan oleh at-Tirmizi] 
   
Malang pula bagi mereka yang  gagal. 
  
Sabda Baginda s.a.w: "Ramadhan telah tiba  kepada kamu. Ia bulan berkat yang dilimpahkan oleh Allah untuk kamu. Di  dalamnya, Dia menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan, mengqabulkan doa,  menonton persaingan kamu dalam kebaikan dan berbangga dengan kamu di hadapan  para malaikatNya. Lantaran itu, tunjukkanlah kepada Allah kebaikan diri kamu.  Orang yang malang ialah sesiapa yang tidak memperolehi rahmat Allah 'Azza wa  Jall" [Diriwayatkan oleh at-Tobroni]  
  
Tips untuk Ramadhan yang bermakna dan diredhai: 
  
1. Uruskan  masa: 
Umar al-Khattab: Puasa bukannya sekadar menahan makan dan minum,  bahkan daripada dusta, perkara batil dan lagha (sia-sia) [Ibnu Abi Syaibah]  
  
     - Gariskan objektif    yang ingin dicapai daripada Ramadhan.     
 - Susun jadual    harian dan mingguan dengan memperuntukkan waktu khusus bagi amalan rohani dan    kebajikan.     
 - Elakkan perkara    sia-sia dan membuang masa.     
 - Kawal kegiatan    menonton tv dan bersembang. Sediakan alternatif seperti vcd berfaedah, filem    dokumentari, kuiz, aktiviti berkumpulan untuk mengisi masa anak-anak.        
 - Jaga waktu agar    tidak banyak dihabiskan dengan tidur, memasak mahupun membeli belah.        
 - Manfaatkan waktu    di mana sahaja (mendengar kaset al-Quran, zikir dan lain-lain)     
 - Siapkan keperluan    Hari Raya dan lain-lain sejak awal supaya I'tikaf pada 10 akhir Ramadhan tidak    terganggu. 
 
   
2. Kawal perbelanjaan:  
Hai anak Adam, pakailah  pakaianmu yang indah pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan  sembahyang), dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan.  Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.  [al-A'raf: 31] 
  
·         Kurangkan aneka ragam dan kuantiti juadah  berbuka. 
·         Elakkan pembelian juadah yang mahal.  
·         Elakkan pembaziran. 
·          Bentuk kesepakatan  suami isteri berkenaan belanjawan Ramadhan dan Hari Raya (makan minum, jemputan  tetamu, pakaian, hadiah dan ziarah) 
   
3.  Tingkatkan rohani dan amal: 
Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang mendekatkan  diri kepada Allah dengan satu kebaikan semasa Ramadhan, sama seperti seorang  menunaikan satu fardhu pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu amalan  fardhu dalam bulan ini, sama seperti seorang menunaikan 70 fardhu pada bulan  yang lain". [Ibnu Khuzaimah] 
   
·          Ulangkaji fadhilat  Ramadhan bersama keluarga. 
·         Lakukan perubahan dalam susunan dan perhiasan  rumah untuk menyemai rasa gembira menyambut Ramadhan di jiwa anak-anak.  
·         Wujudkan suasana baru sebagai implikasi  kepada puasa, solat dan tilawah al-Quran. 
·          Susun agar  seboleh-bolehnya solat fardhu berjemaah di masjid dan takbir pertama bersama  imam. 
·         Rangsang dan galakan anak-anak untuk  berpuasa, tilawah al-Quran dan solat di masjid mengikut kesesuaian umur.  
·         Komitmen dan konsisten dengan sahur dan  qiamullail sebelum fajar. Zaid bin Thabit berkata: Kami bersahur bersama Nabi  s.a.w, kemudian Baginda bangkit bersembahyang. Zaid ditanya: Berapa lama antara  sahur dan azan (subuh)? Beliau menjawab: Kadar bacaan 50 ayat (al-Quran).  [Diriwayatkan oleh al-Bukhari] 
·         Berhimpun sesama keluarga untuk bertadarus  al-Quran dan halaqah ilmu. 
·         I'tikaf pada 10 akhir Ramadhan. Jika tidak  berupaya untuk I'tikaf penuh, setidak-tidaknya untuk tempoh malamnya.  
·         Banyakkan sedekah terutama secara  tersembunyi. Latih juga anak-anak untuk berjimat dan menderma. 
·          Banyakkan  istighfar dan taubat. 
·         Banyakkan doa khususnya semasa berpuasa dan  ketika berbuka. "Seorang yang berpuasa memiliki doa yang tidak ditolak ketika  berbuka" (Ibnu Majah) 
·         Jaga solat nawafil khususnya dhuha dan  rawatib. 
  
4. Baiki keperibadian  diri: 
Rasulullah s.a.w: "…Puasa adalah pendinding. Pada hari seseorang  kamu berpuasa, jangan dia bercakap keji dan meninggikan suara. Jika seseorang  memaki atau bergaduh dengannya, katakan: Aku berpuasa…"  [al-Bukhari] 
  
·         Hayati tuntutan ibadat yang sebenar (khusyuk  semasa solat, puasa anggota daripada yang haram, tadabbur al-Quran dll)  
·         Semai akhlak mulia daripada amalan-amalan  Ramadhan (amanah, sabar, pemaaf, menjaga lidah, syukur nikmat, prihatin, pemurah  dll). 
·         Lakukan mujahadah an-nafs (melakukan  qiamullail, menahan marah, menjaga pandangan dll). 
·          Peruntukkan waktu  untuk menambahkan pengetahuan melalui pembacaan, hafalan dsb. (waktu yang  digunakan sebelumnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang boleh  dimanfaatkan) 
·         Latih diri dengan kehidupan yang sistematik  (bangun sebelum fajar, makan yang berjadual dll) 
·          Tingkatkan mutu  kesihatan dan kecergasan melalui puasa (kawal kuantiti dan gizi  makanan) 
  
5. Eratkan  hubungan: 
Rasulullah s.a.w: "Adakah aku beritahu kamu  perkara yang lebih afdhal daripada darjat puasa, solat dan sedekah?" Mereka  menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Memperbaiki hubungan sesama  (kamu). Kerosakan hubungan merupakan pembinasa (agama)". [Ahmad, Abu Daud &  at-Tirmizi] 
  
·         Suburkan kasih sayang suami isteri dan  selesaikan sebarang ketidaksefahaman. 
·         Banyakkan aktiviti bersama keluarga  (qiamullail, sahur, tadarus al-Quran, menyiapkan juadah, berbuka, terawih dll)  
·         Hantar ucapan puasa dan raya demi mengeratkan  silaturrahim. 
·         Hadiahkan juadah berbuka kepada jiran bagi  menjalin hubungan. 
·         Adakan majlis berbuka untuk sanak saudara,  jiran tetangga, teman sekerja, rakan masjid dll. dalam suasana iman dan mesra.  
·         Peringati umat Islam dalam doa. Pohon  pertolongan dan pelihara (agama, nyawa, kehormatan, harta dan tanah air mereka).  
·         Sumbang bantuan kepada umat Islam yang  memerlukan. 
·         Boikot barangan keluaran musuh umat Islam  (barangan Yahudi dan AS) sebagai protes penindasan saudara seIslam. 
  
   
  
 Foward  by:     
  Pn. Asni  Selamat 
  DE ANIES  COLLECTION ENTERPRISE 
    
  T:  016-3116 707
  E: asniselamat@gmail.com
  FB:  D'Rayyan Haus
  Website:  www.drayyanhaus.blogspot.com
    
  Dapatkan  Lampin bayi Moden yang boleh dibasuh dan dipakai semula di:
  www.drayyanhaus.blogspot.com
  -           Boleh  dibasuh dan dipakai semula
  -           Saiz boleh  diubah-ubah
  -           Boleh  dipakai oleh new born baby hingga umur 3 tahun
    
  Drayyan  Haus juga ada:  
  Pakaian  bayi & kanak-kanak dengan fesyen terkini dengan harga yang  menarik
  Rakan  niaga yang berminat untuk menjadi pengedar koleksi kami juga dialu-alukan  
    
  www.drayyanhaus.blogspot.com
  Koleksi Pakaian dan Lampin bayi  moden
 
No comments:
Post a Comment