Monday, January 19, 2009

{ KELANTAN-KITA } Tarikh Sayembara dilanjut

SAYEMBARA FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI UTM-KUMPULAN UTUSAN : TARIKH TUTUP DILANJUT

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan telah menganjurkan Sayembara Novel Cereka Sains dan Teknologi peringkat Kebangsaan 2008. Penganjuran ini masih dibuka sehingga sekarang di mana tarikh akhir penghantaran penyertaan telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2009.

Sayembara ini bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan pelajar IPT tempatan, tenaga pengajar khasnya, dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang antaranya tempat pertama dengan hadiah wang tunai RM 15,000.00, tempat kedua RM7,500.00, tempat ketiga RM 5,000.00 manakala lima pemenang hadiah saguhati akan menerima wang tunai setiap seorang RM 2,500.00. Kesemua pemenang hadiah utama dan saguhati akan turut menerima watikah dan trofi.

Selain itu, karya yang menang juga akan diterbitkan oleh pihak Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sempena dengan penganjuran sayembara ini juga satu siri bengkel penulisan akan turut diadakan. Bengkel yang meliputi lima negeri di Malaysia ini akan memulakan sesi pertamanya di Johor Bahru pada 31 Januari 2009. Manakala bengkel yang sama akan dianjurkan di Kota Bharu, Kelantan, Alor Star,Kedah, Sabah, dan Sarawak pada minggu-minggu yang berikutnya. Orang ramai yang berminat dijemput untuk menyertai bengkel yang diadakan.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan sayembara ini bolehlah menghubungi saudara Yosman Mohd Bain dari Penerbit UTM Press di talian 07-5218166 / 019-7557760 atau saudara Rozlan Mohamed Noor dari Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd di talian 03-92856577 / 012-3828353.

Maklumat juga boleh didapati dengan melayari www.penerbit.utm.my atau www.mybooks.com.my

---------------------------------------------------------------------------------------

MOHON SAHABAT2 UAR-UARKAN BERITA INI.

SEBARKAN SELUAS ALAM!

Ikuti soal jawab penerbitan dengan Editor, Rozlan Mohamed Noor di www.celikhuruf.blogspot.com 

--
Be Yourself @ mail.com!
Choose From 200+ Email Addresses
Get a Free Account at www.mail.com!
__._,_.___

Kanopi (Khemah) untuk disewa. Memerlukan  sila lawati http://kanopi.kokpasir.com




Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe

__,_._,___

No comments: